Pengalaman Cara Hilangkan Kurap di Punggung | Buangkurap.com

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
cara hilangkan kurap di punggung
cara hilangkan kurap di punggung

berbagai jenis ubat pernah saya cuba. Bagaimanakah cara hilangkan kurap di punggung , peha , celah kelangkang dan celah ketiak. Tension tak nak cakap lah sebab bila kurap ni dah hinggap kat badan, nak hilang bukan main susah

Itchy Bear GIF - Find & Share on GIPHY

ini adalah keluhan saya dulu 8 tahun yang lepas ketika 2012. Sekarang saya tiada lagi kurap di punggung , celah ketiak. Tapi adakalanya kurap ini boleh datang balik! Tak risau sangat sebab saya dah tahu punca kurap ini berlaku dan cara hilangkan kurap di punggung , celah peha dan ketiak!

Teruskan bacaan, kerana perkongsian ini adalah dari pengalaman saya yang menjadi pesakit dan telah sembuh dari kurap yang menghantui saya.

Cara Hilangkan Kurap di Punggung – Tempat Pertama Kena

Kali pertama saya terkena kurap di bahagian punggung ini adalah pada tahun 2006, ketika ini saya masih belajar di MRSM. Nak kata saya ni pengotor , tak juga. Dah jadi rutin waktu belajar, mandi 3 ke 4 kali sehari, pagi mandi, tengahari mandi , sebelum maghrib mandi. Tapi mungkin faktor air kotor dari tangki air sekolah ( keladak kebiasaannya ).

Godfrey Gao Itchy Butt GIF - Find & Share on GIPHY
kurap dan menggaru ini tidak dapat dipisahkan, susah!

Kali pertama kena , saya ingat saya kena HIV! Saya ingat ini adalah Herpes ( banyak sangat tonton drama Medic , al maklumlah saya kan jurusan perubatan ) . Waktu itu kulit di pinggang kanan saya ada seakan-akan bengkak.

Bengkak yang dikelilingi garisan putih. Bahasa omputeh nya “ ringworm “ atau “ tinea “ . Tiada siapa yang tahu saya kena kecuali warden yang bawa jumpa doktor. Kurap itu makin turun ke bawah sehingga ke Kawasan celah kelangkang dan di Kawasan bontot / punggung .

Cara pertama mak saya buat adalah gunakan cara tradisional

Cara Hilangkan Kurap di Punggung – Mandi Air Belerang / Mandi Di Kolam Air Panas Semula Jadi

Rumah saya di Ampangan, kolam air panas semulajadi paling hampir adalah di Pedas , Rembau. 15 minit dari rumah. Cara ini efektif sebab ianya mematikan / paralyze fungus yang hinggap di kulit di samping membantu pengedaran darah dalam badan.

Animated GIF - Find & Share on GIPHY
lega dapat berendam di air panas.

Selesai, kurap telah pun “mati”. Tapi masalah itu kembali semula kerana bila kembali semula ke asrama, terdedah kepada habitat asal fungus, badan yang tidak terlindung dengan apa-apa krim ataupun sabun mandian khas, mudah diserang semula!

Dari 2006 sampailah 2012, 6 tahun bawa penyakit ini. Sehinggalah saya tamat pengajian saya di Fakulti Perubatan di Iskandariah Mesir, saya temui formula yang lebih baik iaitu cara hilangkan kurap di punggung.

Cara Hilangkan Kurap Di Punggung – Formula Pertama , Krim dan Sabun

Pada mulanya , saya perasan jika sapu krim pada Kawasan kurap di punggung , peha , celah kelangkang atau ketiak, ianya akan rasa lega sebentar tetapi akan gatal semula selepas 1 jam pakai. Maka cara guna yang lebih sempurna adalah mandi tetapi menggunakan sabun khas. Sabun ini adalah formulasi dari bahan organik khas yang  boleh didapati dari Set Buang Kurap A atau Set Buang Kurap B.

Tetapi Formula Pertama ini ada ralatnya, jika Kawasan kurap itu luas selalunya di Kawasan punggung , celah kelangkang , kemaluan dan paha, ianya akan lambat sembuh atau akan ambil masa.


Bila ini terjadi, krim yang digunakan itu pula mengandungi STEROID! Krim yang mengandungi steroid ini berupaya menukarkan kulit yang sihat menjadi hitam. Geli juga nak tengok badan sendiri tiba-tiba ada parut hitam.

Pills Holding GIF by South Park  - Find & Share on GIPHY
krim ada steroid! Menghitamkan kulit

Bayangkan jika Kawasan itu berada di Kawasan kemaluan atau Kawasan sensitif, pasangan kita pun akan rasa kesian atau was-was apabila hendak bersama.

Maka saya datangkan dengan Formula terbaru pada tahun 2018 iaitu gunakan krim tanpa steoroid

Cara Hilangkan Kurap di Punggung – Formula Kedua , Krim Tanpa Steroid dan Sabun Organik Asli

Ini adalah formulasi lengkap yang saya sendiri gunakan di badan saya apabila kurap serang kembali. Tuan-tuan dan puan-puan, jangan rasa selesa jika anda telah sembuh, kerana kurap ini sinonim dengan cuaca kita di Malaysia yang panas dan lembab. Dimana peluh berlaku, di situ kurap mula membiak!

Come At Me Bruce Lee GIF - Find & Share on GIPHY
Kurap Masih akan datang jika anda telah sembuh!

Set Buang Kurap A dan Set Buang Kurap B ini punyai krim khas tanpa steroid yang membantu lebih efektif dalam mengurapkan sensasi gatal menggaru di punggung , celah ketiak, celah kelangkang. Pada masa yang sama , ianya membantu menyembuhkan kulit dan menghapuskan fungus yang melekat di badan.

Cara pakai pun mudah. Sebelum pakai krim ini , mandi dengan bersih menggunakan Sabun Organik Asli. Gunakan sabun itu khas pada Kawasan yang kena kurap sahaja. Kemudian selepas mandi , lap dengan kering . Elakkan menyental kulit untuk cepat kering. Kulit yang terluka lagi mudah untuk kurap hinggap. Terutama Kawasan pinggang, celah kelangkang, punggung dan ketiak.

Kemudian sapukan krim. Cara sapu krim ini, anda perlu sapukan dengan nipis. Elakkan sapu banyak atau sapu tebal. Sapu rata nipis. Jika sapu banyak atau tebal, kulit tidak bernafas dan membuatkan kulit mudah berpeluh.

Kulit yang berpeluh adalah agen pembiak kurap yang efektif. Maka anda hendaklah berhati-hati supaya tidak mengembangkan jangkitan kurap di punggung atau dimana-mana apabila sedang buat rawatan.

Anime Girl Muslim GIF - Find & Share on GIPHY
syukur alhamdulillah pada pesakit-pesakit saya yang telah sembuh sepenuhnya

Moga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu anda. Jika anda ingin dapatkan Set Buang Kurap, boleh lakukan pembelian di Buangkurap.com/shop atau klik terus produk di bahagian bawah.

Kurap ini perlukan rawatan, ianya sukar sembuh jika dibiarkan begitu sahaja. Bahkan ianya akan berkembang biak dan melarat. Kes paling buruk adalah ianya akan berjangkit kepada pasangan, anak-anak ataupun adik-beradik. Nauzubillahi min dzalik!

Dapatkan rawatan segera. Tempah Set Buang Kurap A jika Kawasan kena kurap itu kecil seperti di celah-celah jari, celah ketiak atau di bahagian muka. Tempah Set Buang Kurap B jika Kawasan kena kurap itu besar seperti di pinggang, celah kelangkang, punggung , bontot atau kemaluan.

Saya doakan anda cepat sembuh, moga temui kesembuhan dalam usaha.

buangkurap

buangkurap

Tentang Kami

Assalamualaikum wbt, saya Adam Jamaludin, pengasas kepada website buangkurap.com. Saya bina website ini bertujuan untuk bantu anda untuk hilangkan masalah kurap yang dihidapi hampir setiap rumah di Malaysia.

Post Terbaru

Follow Us

Tips Video

×
×

Cart